awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ: Sistem AES akan diteruskan

Bernama
Bernama
09/12/2012
05:43 MYT
JPJ: Sistem AES akan diteruskan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya.
Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan berkata walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksana sistem tersebut yang turut diguna di negara maju.
"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup bersama pegawai JPJ Terengganu, di sini hari ini.
Beliau berkata buat masa ini, 14 unit AES telah dipasang iaitu tujuh di Perak, dua di Selangor dan lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk empat unit bergerak AES.
Menurutnya sejak pelaksanaan AES 23 Sept lalu pihaknya mendapati kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus.
Dalam pada itu, Solah berkata pihaknya bersedia untuk berjumpa wakil parti politik bagi menjelaskan matlamat sebenar pelaksanaan AES.
"Kalau hendak jumpa boleh, JPJ tidak ada masalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan sistem itu menjadi isu politik dan akan mempengaruhi keputusan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya.
Mengulas tentang unit AES yang menjadi mangsa vandalisme di dua lokasi di Selangor, beliau berkata pihaknya sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku sebagaimana kerosakan kepada harta benda awam lain di negara ini.
"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di negara lain," katanya.
Topic Berkaitan
#AES
#Datuk Solah Mat Hassan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan