Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Serian catat IPU 178, Lembah Klang kembali rekod peningkatan bacaan setakat 4 petang

SERIAN, 4 Sept - Dua penduduk Kampung Rasau, Serian, Rikat Tanggok (kanan) dan isterinya, Jumi Buu (kiri), sibuk menjual durian di tepi Jalan Serian-Sri Aman dalam suasana jerebu petang ini. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak terus merekodkan bacaan tertinggi negara apabila meningkat kepada 178 berbanding 177 sejam sebelumnya.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat semula kepada 17 lokasi setakat jam 4 petang hari ini, susulan peningkatan bacaan di Lembah Klang serta kemasukan semula dua stesen ke dalam kategori tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak terus merekodkan bacaan tertinggi negara apabila meningkat kepada 178 berbanding 177 sejam sebelumnya.

Kuching pula meningkat kepada 171, manakala Sri Aman kekal pada paras 168.

Samarahan turut mencatatkan peningkatan kecil kepada 164, sementara Sibu kekal dalam kategori tidak sihat dengan bacaan 157.

Perbandingan bacaan sejam lalu menunjukkan beberapa kawasan di Lembah Klang kembali mencatatkan peningkatan IPU selepas merekodkan penurunan pada awal petang tadi.

Cheras meningkat lima mata kepada 149, manakala Batu Muda dan Putrajaya masing-masing merekodkan bacaan 121.

Bukit Rambai di Melaka serta Bintulu di Sarawak kembali memasuki kategori tidak sihat apabila bacaan masing-masing meningkat kepada 108 dan 106 selepas berada pada tahap sederhana pada jam 3 petang.

Di Johor, Larkin dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 155, manakala Tangkak meneruskan trend penurunan kepada 102.

Sementara itu, utara Semenanjung terus merekodkan kualiti udara terbaik dengan Langkawi mencatatkan bacaan IPU terendah negara pada paras 14, diikuti Kangar pada paras 19 dan Alor Setar pada paras 23.

Orang ramai di kawasan yang masih mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar yang berat, memakai pelitup muka apabila perlu serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah pernafasan.

Must Watch Video

Advertisement