awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ sita 422 motosikal, kereta diguna warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2023
01:00 MYT
JPJ sita 422 motosikal, kereta diguna warga asing
Nazili (kanan) menunjukkan sebahagian daripada motosikal yang disita semasa Operasi Khas Motosikal di seluruh Kelantan bermula 1 September hingga semalam. - Foto Sinar Harian
MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 422 buah motosikal dan kereta yang digunakan oleh warga asing menerusi Operasi Khas Motosikal di seluruh negeri ini bermula 1 September hingga Rabu.
Timbalan Pengarahnya, Nazili Kadir berkata, daripada jumlah tersebut motosikal menjadi kenderaan yang paling banyak disita oleh JPJ sepanjang operasi itu.
"Kebanyakan kenderaan ini digunakan oleh etnik Rohingya. Kita mengambil serius perkara ini dengan melaksanakan operasi secara berkala," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar pada Operasi Khas Motosikal JPJ Kelantan di Stesen Timbang JPJ Machang, Labok di sini malam tadi.
Bagaimanapun, menurutnya, penggunaan kenderaan dalam kalangan warga asing di negeri ini secara tidak sah masih lagi terkawal.
Ujarnya, JPJ mengingatkan orang ramai supaya tidak bersekongkol memberi sewa kenderaan kepada warga asing dengan tujuan mengaut keuntungan.
Nazili memberitahu, tindakan itu boleh menyebabkan pemilik asal kenderaan dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
"Warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen sah sekiranya terlibat dengan kemalangan akan menyukarkan proses tuntutan insuran.
"Kebanyakan mereka (warga asing) tidak memahami undang-undang serta membahayakan pengguna jalan raya lain bila memandu tanpa lesen," katanya.
Menurut Nazili, sepanjang operasi itu sebanyak 14,163 kenderaan telah diperiksa oleh JPJ Kelantan.
Ujar beliau, daripada jumlah tersebut sebanyak 5,015 keping saman telah dikeluarkan individu yang didapati melakukan kesalahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPJ Kelantan
#Nazili Kadir
#Operasi Khas Motosikal
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan