awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke

Bernama
Bernama
19/04/2025
11:00 MYT
JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini memberi amaran kepada tonto yang menggugut penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan operasi penguatkuasaan, terutamanya melibatkan kenderaan berat.

Ringkasan AI
  • Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi amaran kepada tonto yang menggugut penguat kuasa JPJ semasa operasi penguatkuasaan, terutama melibatkan kenderaan berat.
  • Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
  • Beliau menggesa syarikat pengusaha kenderaan berat memastikan kenderaan dan pemandu terlatih, berhemah, dan bebas daripada penggunaan bahan terlarang untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Loke menegaskan JPJ tidak akan sekali-kali berkompromi dan tunduk kepada sebarang ugutan tonto yang dikatakan diupah oleh pihak pengusaha kenderaan berat itu.
"Saya ingin memberi mesej jelas bahawa anggota JPJ adalah penguat kuasa yang diberi tauliah oleh kerajaan, jika ada yang mencabar mereka (penguat kuasa) ia juga seolah-olah mencabar undang-undang negara.
"Mereka (penguat kuasa) ini menjalankan tugas, dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-79 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
Loke mengakui sejak JPJ memperbanyakkan operasi dan menguatkuasakan undang-undang lebih ketat ke atas kenderaan berat, terdapat pihak yang tidak menyenangi langkah berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin memandangkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat kini semakin meningkat.
Beliau turut menggesa pihak syarikat pengusaha kenderaan berat memberi tumpuan bukan hanya kepada keadaan kenderaan tetapi juga pemandu perlu dipastikan terlatih, berhemah dan bebas daripada gejala penggunaan bahan terlarang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#tonto
#ugut penguat kuasa JPJ
#kenderaan berat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan