awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN Kedah baik pulih SK Baling segera

Bernama
Bernama
22/11/2025
04:00 MYT
JPN Kedah baik pulih SK Baling segera
Kebakaran di SK Baling semalam melibatkan empat bilik darjah dan satu ruang pejabat. - Gambar fail
ALOR SETAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan melaksanakan kerja baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Baling yang terlibat kebakaran semalam dengan segera.

Ringkasan AI
  • JPN Kedah akan baik pulih SK Baling yang kebakaran semalam dengan segera, menyiasat punca kejadian serta menilai kerosakan infrastruktur.
  • SK Baling akan gunakan PdPR sebagai langkah jangka pendek untuk pembelajaran murid selepas kebakaran yang menjejaskan pejabat pentadbiran dan bilik darjah.
  • Keselamatan murid dan warga sekolah terus menjadi keutamaan JPN Kedah selepas kejadian kebakaran yang tidak melibatkan kecederaan.

JPN Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan segera telah diambil untuk menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan infrastruktur yang terjejas.
"Kebakaran menjejaskan pejabat pentadbiran, bilik darjah dan tandas namun tiada kecederaan dilaporkan.
"Sebagai langkah jangka pendek, SK Baling akan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)," menurut kenyataan itu.
JPN Kedah memberi jaminan keselamatan murid dan warga sekolah terus menjadi keutamaan jabatan.
Semalam, bomba mengesahkan menerima laporan kebakaran melibatkan empat bilik darjah dan satu ruang pejabat SK Baling pada 10.46 pagi, namun kejadian tidak melibatkan kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SK Baling
#SK Baling terbakar
#Kebakaran sekolah
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan