Skip to main content

Malaysia

JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kematian guru

51734766466_MatiMayatBunuh.jpg
Polis menerima panggilan kecemasan kejadian guru tidak sedarkan diri di sekolah itu pada 7.15 semalam pagi sebelum wanita itu disahkan telah meninggal dunia. - Gambar hiasan
Advertisement

SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor, semalam. 

JPN Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan tumpuan kini ialah untuk memastikan bantuan terbaik bagi keluarga guru itu dengan khidmat sokongan psikososial turut dilaksanakan khusus untuk membantu warga sekolah yang terjejas dengan kejadian tersebut.

“Masyarakat diseru untuk menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu. 

JPN Selangor turut mengucapkan takziah dan berdukacita dengan kejadian itu. 

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan kejadian guru tidak sedarkan diri di sekolah itu pada 7.15 pagi sebelum wanita itu disahkan telah meninggal dunia.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement