awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan

Bernama
Bernama
28/10/2023
21:30 MYT
JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan
Menurut JPN, proses pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul. - Gambar hiasan/JPN
GUA MUSANG: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan menerima sebanyak 1,116 permohonan terdiri daripada 206 permohonan kad pengenalan diri, 143 permohonan daftar lewat kelahiran serta 767 khidmat nasihat daripada masyarakat Orang Asli dari Januari hingga setakat ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan) Faizah Jaarudin berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti agar pengurusan identiti penduduk terus dilindungi, diurus dengan penuh integriti, cekap serta efisien menerusi Program Siri Jelajah 75 Kampung Orang Asli tahun ini.
"Pendekatan proaktif itu adalah untuk memastikan setiap penduduk di negara ini termasuk masyarakat Orang Asli yang layak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
"Kita terpaksa meredah sehingga 10 jam perjalanan disebabkan struktur geografi serta akses ke perkampungan Orang Asli dalam usaha menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Mesra Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) JPN Negeri Kelantan bersama masyarakat Orang Asli Pos Brooke, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut Faizah berkata proses pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul.
"Masa yang diambil untuk siap kad pengenalan diri kira-kira setengah jam sahaja sekiranya permohonan dibuat secara terus, tetapi jika terdapat isu dokumen tidak lengkap maka tempoh untuk kad pengenalan itu siap mengambil masa lima hari bekerja.
"Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa dilalui oleh pihak JPN Kelantan, namun ia tidak mematahkan semangat kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat'," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Negara
#JPN Kelantan
#permohonan
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan