GEORGE TOWN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk mewakili jabatan itu dalam menjalankan kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri (MyKad).
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj yang mahal iaitu antara RM2,000 hingga RM5,000.
"JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian kerana kami tidak pernah langsung melantik mana-mana individu atau ejen untuk membuat kerja-kerja bagi pihak JPN terutama untuk proses mendapatkan kad pengenalan.
"Walaupun aduan yang diterima itu tidaklah banyak atau dalam kategori serius, namun saya memandang serius kerana memang ada yang menjadi mangsa kepada individu atau ejen tersebut sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Mykad kepada seorang wanita warga emas, R. Alliamah, 64, yang baru memperoleh Mykad selepas mengalami masalah daftar lewat kad pengenalan, yang diadakan di pejabat JPN Pulau Pinang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata beliau meminta orang ramai yang mahu membuat pendaftaran dokumen pengenalan diri atau sebarang dokumen berkaitan dengan JPN untuk terus datang ke pejabat JPN yang terdapat di 225 lokasi termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.
"Paling ramai jadi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai anak tidak sah taraf kerana mereka takut untuk berurusan dengan JPN sendiri kononnya akan didakwa di mahkamah atau saman kerana anak luar nikah.
"Sebenarnya tidak ada seperti itu (didakwa di mahkamah).. kami di JPN akan sedaya upaya membantu mendapatkan dokumen untuk anak mereka malah jika lambat pendaftaran kelahiran pun hanya dikenakan denda RM50 sahaja," katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak mahu ada anak-anak warga Malaysia yang tercicir sehingga tidak mendapat dokumen pengenalan diri dan Mykad, jadi sebab itu JPN secara berterusan akan terus memberikan perkhidmatan supaya mereka mendapat dokumen yang sah sebagai warga negara.
"Selain itu, kami juga ada pasukan khas menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang mereka ini akan pergi sendiri berjumpa dengan mereka yang mahu memohon MyKad membabitkan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan pesakit kronik yang sukar hadir ke JPN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu yang mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj antara RM2,000 hingga RM5,000. - Gambar fail
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
Sistem PADU: Tiba-tiba semua jadi 'terpaling data’ - Rafizi
Jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai akta tersendiri dalam mengendalikan data awam.
JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lepas.
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.
Empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke JPN hari ini, kemuka salinan dokumen
Empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan, hadir ke pejabat JPN hari ini bagi mengemukakan bukti.
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya.
Kes kehilangan MyKad membimbangkan - JPN
Walaupun jumlah tersebut hanya mewakili empat peratus daripada 200,000 pendaftaran MyKad setahun, kes ini tetap membimbangkan.
Video tular konon pendatang China mohon kerakyatan diulang siar - JPN
Video tular di media sosial kononnya pendatang China memohon kerakyatan negara ini, merupakan video pada 2018 yang diulang siar, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).