awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual ayam, sayur, telur mahal, 162 peniaga Kelantan diberi notis

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2021
20:55 MYT
Jual ayam, sayur, telur mahal, 162 peniaga Kelantan diberi notis
KPDNHEP Kelantan mengeluarkan notis bertulis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. - Gambar hiasan
RANTAU PANJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memberikan notis bertulis kepada 162 peniaga bermula Januari hingga 4 Disember tahun ini.
Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, notis bertulis itu dikeluarkan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Menerusi notis ini, peniaga terlibat perlu memberikan sebab kenapa mereka menaikkan harga," katanya ketika ditemui pemberita pada Program #Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Rantau Panjang di Lubok Jong semalam.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 notis telah diberikan kepada peniaga ayam, 12 notis untuk peniaga telur dan lapan kepada penjual sayur-sayuran.
Adnan berkata, baki selebihnya melibatkan barangan-barangan lain seperti ikan, kedai makan, alat ganti dan banyak lagi.
"Seramai 133 penguat kuasa KPDNHEP Kelantan telah digerakkan ke seluruh negeri bagi melakukan pemeriksaan ke atas seluruh premis perniagaan.
"Selain itu, seramai 90 Pegawai Pemantau Harga (PPH) turut digerakkan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KPDNHEP Kelantan
#notis bertulis
#peniaga
#barang naik harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan