KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang bekas pembantu tadbir sebuah maktab yang didapati bersalah atas pertuduhan memperdagang bayi lelaki 13 bulan dan menggunakan dokumen palsu untuk mendaftarkan kelahiran bayi itu, empat tahun lepas.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas memutuskan pembelaan Nurul Faizan Ahmad Asri, 40, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ketika membacakan penghakiman ringkasnya, Azura berkata terdapat pemindahan milikan antara ibu kandung bayi dan seorang saksi yang membuktikan inti pati kes di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Pembelaan tertuduh bahawa pemindahan milikan bayi tersebut bertujuan untuk membantu ibu kandungnya dan pemindahan tidak melibatkan wang ringgit hanyalah penafian semata-mata.
"Penafian tertuduh bahawa dia tidak mengetahui isi kandungan sampul surat yang mengandungi dokumen palsu untuk mendaftar kelahiran bayi itu juga adalah penafian semata-mata," katanya.
Nurul Faizan didakwa melakukan kesalahan itu di Hospital Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini pada 5 petang 5 Nov 2020 mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara minimum tiga tahun atau maksimum 20 tahun dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan Borang Daftar Kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara palsu atas nama bayi itu di jabatan itu di Jalan Sri Hartamas 1 di sini pada 10.30 pagi, November 2020 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM80,000 atau penjara 24 bulan bagi kesalahan memperdagang bayi manakala bagi pertuduhan kedua, Nurul Faizan dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan.
Azura memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi namun menolak penangguhan pembayaran denda dan mengarahkan ia dibayar hari ini.
Seramai 13 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 1 Sept 2022.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim dan Nadia Izhar manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Hafiz A Bakar dan Marisha Dianah Md Darus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas memutuskan pembelaan Nurul Faizan Ahmad Asri, 40, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. - Gambar hiasan
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV
Isu itu mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang wanita yang didapati bersalah memperdagang bayi lelaki.