Jualan Agro MADANI rekod nilai jualan RM48 juta, penjimatan RM14.4 juta setakat Oktober

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Karnival Jualan Agro MADANI Perlis di Dataran Dato' Sheikh Ahmad hari ini. - Gambar Bernama
KANGAR: Sebanyak RM48 juta nilai jualan direkodkan daripada 2,486 penganjuran program Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara, dengan penjimatan RM14.4 juta sehingga 31 Okt lepas.
Ringkasan AI
- RM48 juta nilai jualan direkodkan daripada 2,486 penganjuran program Jualan Agro MADANI oleh FAMA, dengan penjimatan RM14.4 juta sehingga 31 Okt lepas.
- Program jualan memberi manfaat kepada 6.6 juta isi rumah serta melibatkan penyertaan 33,919 usahawan.
- FAMA sasarkan 3,500 penganjuran program jualan tahun ini, dan bersedia memastikan bekalan makanan mencukupi untuk musim banjir yang mungkin berlaku.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Karnival Jualan Agro MADANI Negeri Perlis di Dataran Dato' Sheikh Ahmad di sini hari ini, yang disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Karnival jualan itu berlangsung empat hari bermula semalam.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata FAMA sentiasa bersiap sedia untuk memastikan bekalan hasil tani dan bahan makanan asas mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini.
"Setakat ini kami mampu dengan kerjasama yang ada antara pihak swasta, industri serta agensi kerajaan dari segi logistik itu. Kedua, jaringan FAMA dengan rakan kontrak untuk FAMA dapatkan bekalan itu. Sekiranya bekalan itu terjejas, FAMA akan berusaha membawa masuk dari luar negara demi memenuhi keperluan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


