KUALA LUMPUR: Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) akan diadakan pada 1 Feb depan, bagi memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia pada 1972.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sambutan itu diadakan bagi memupuk kesedaran dan sifat kesepunyaan warga kota terhadap bandar raya Kuala Lumpur melalui penglibatan yang lebih meluas dalam program dan aktiviti sambutan.
Beliau berkata 50 program dan aktiviti telah diatur khusus untuk disertai oleh warga kota, yang bertujuan menjalinkan hubungan erat dan lebih inklusif antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), masyarakat dan pihak berkepentingan.
"Antara program dan aktivitinya ialah Pertandingan Menulis Artikel Kuala Lumpur, Festival Gendang dan Tari Kuala Lumpur, Karnival Ohhh Kuala Lumpur, Festival Nostalgia Kuala Lumpur-KL Dulu dan Festival Jom Makan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan logo, slogan dan maskot bagi sambutan berkenaan sempena genap 100 hari menjelang 1 Feb 2022, di sini, hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Shahidan berkata Kuala Lumpur telah melalui evolusi yang hebat dari sebuah pekan kecil sehingga apa yang kita dapat lihat hari ini. Kejayaan demi kejayaan dilakar dalam pelbagai bidang di peringkat negara mahupun di persada dunia sekali gus membuktikan pencapaian yang luar biasa dalam tempoh lima dekad ini.
Sementara itu beliau berkata DBKL sedang menunggu hasil laporan daripada Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) berhubung kejadian tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Bangsar, semalam.
"Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan akan dilakukan serta-merta selepas memperolehi keputusan laporan itu. Kita berharap penduduk yang terjejas dapat berpindah buat sementara waktu ini,' katanya.
Kejadian kira-kira pukul 7 malam semalam melibatkan bahu jalan utama sepanjang 40 meter di belakang rumah penduduk di kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berucap ketika Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur di Mayors Courtyard hari ini. - Foto BERNAMA
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Jubli Emas Bandar Raya KL disambut 1 Feb 2022 - Shahidan
Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) akan diadakan pada 1 Feb depan, bagi memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan KL sebagai bandar raya pertama di Malaysia pada 1972.