awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/05/2024
09:30 MYT
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali pada sidang media selepas merasmikan Richiamo Mart di Bangi hari ini. - Foto Bernama
BANGI: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan proses audit minyak masak peket bersubsidi dan senarai syarikat pembungkusan semula minyak masak bersubsidi yang terbabit dalam penyelewengan kini di peringkat akhir.
Ujarnya, proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi yang dijanjikan sampai ke kumpulan sasaran.
"Kita bukan hanya jalankan audit syarikat tetapi juga bagaimana nak memperkemaskannya supaya subsidi rakyat betul-betul sampai kepada kumpulan sasaran.
"Ini termasuk syor agar minyak masak peket tak dijual kepada warga asing. Kita alu-alukan (syor) namun ia mesti datang dengan mekanisme penguatkuasaan.
"Larangan tanpa mekanisme tak memadai kerana ia perlu dilihat secara holistik," katanya ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Cawangan Pertama Richiamo Mart Sdn Bhd di Plaza Bangi Perdana, pada Ahad.
Dalam pada itu, Armizan meminta orang ramai agar melaporkan aktiviti penjualan minyak masak peket bersubsidi secara dalam talian dengan tidak mengikut harga dan kuantiti yang ditetapkan, ke saluran yang betul.
Ini bagi membolehkan siasatan dibuat dan tindakan segera diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Kita harap aduan rasmi dapat dibuat di platform KPDN. Kita tak halang ia ditularkan tetapi kita khuatir apabila ditularkan terlebih dahulu, mereka yang buat kesalahan akan menyembunyikan kesalahan itu.
"Kerana itu saya minta, buatlah laporan secara rasmi di portal atau platform yang disediakan dan saya beri jaminan kita akan ambil tindakan serta merta," tambahnya.
Untuk rekod, penjualan minyak masak peket bersubsidi secara dalam talian dengan tidak mengikut harga dan kuantiti yang ditetapkan adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Topic Berkaitan
#Armizan Mohd Ali
#subsidi
#minyak masak peket
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan