KUALA LUMPUR: Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan 9.19 juta tahun ini terdiri daripada 4.75 juta lelaki dan 4.44 juta perempuan, menurut laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia 2022 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah kanak-kanak itu meliputi 28.1 peratus daripada 32.65 juta jumlah penduduk Malaysia.
Komposisi kanak-kanak di bawah umur lima tahun pula adalah 2.39 juta atau 26 peratus daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia dengan kanak-kanak lelaki 1.22 juta dan perempuan 1.17 juta.
Beliau berkata Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pada 2022 dengan 41.6 peratus daripada jumlah penduduk Putrajaya iaitu 0.12 juta, diikuti Kelantan (35.3 peratus) dan Terengganu (34 peratus) manakala Pulau Pinang mencatatkan peratusan terendah iaitu 23.4 peratus.
"Bagaimanapun, Selangor merekodkan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tertinggi di Malaysia iaitu 1.81 juta diikuti oleh Johor (1.12 juta) dan Sabah (1.06 juta) sementara bilangan paling rendah direkodkan di Labuan iaitu 0.03 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala Hepatitis B menurun 8.2 peratus kepada 93 peratus pada 2021 berbanding 101.2 peratus pada 2020 dan pelalian Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pula kekal 98.8 peratus.
Katanya, certain conditions originating in the perinatal period kekal menjadi sebab utama kematian bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada 2021 iaitu 37 peratus diikuti dengan gangguan kongenital, deformasi dan kelainan kromosom (29.9 peratus), pneumonia (2.1 peratus), jangkitan COVID-19 (1.5 peratus) dan kemalangan kenderaan (1.1 peratus).
Penemuan dalam bidang pendidikan pula menunjukkan kadar peralihan enrolmen bagi peringkat rendah ke menengah rendah meningkat 1.5 peratus kepada 90.9 peratus pada 2021 berbanding 89.4 peratus pada 2020.
Kadar peralihan enrolmen bagi peringkat menengah rendah ke menengah atas juga meningkat 1.4 mata peratus kepada 99.3 peratus dalam tempoh sama manakala kadar peralihan enrolmen peringkat menengah atas ke lepasan menengah mencatatkan penurunan 0.7 peratus pada 2021 kepada 2.8 peratus berbanding 3.5 peratus pada tahun sebelumnya.
Mohd Uzir berkata daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan mereka yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan meningkat 4.9 peratus kepada 6,144 orang pada 2021 berbanding 5,858 orang pada 2020.
"Kanak-kanak perempuan melebihi kanak-kanak lelaki iaitu masing-masing 4,005 orang dan 2,139 orang sementara bilangan kes kumulatif Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar pada 2021 ialah 148.0 ribu orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022

Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan 9.19 juta tahun ini terdiri daripada 4.75 juta lelaki dan 4.44 juta perempuan, menurut laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia 2022 dikeluarkan DOSM hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lebih 170,000 murid sekolah di Malaysia tidak mahir membaca
Menurut laporan Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023, seramai 175,304 (13%) kanak-kanak di hujung usia persekolahan sekolah rendah di Malaysia tidak mahir membaca.

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 11.8 peratus kepada 28,048 tan bagi November 2022
Pengeluaran getah asli Malaysia susut 11.8 peratus kepada 28,048 tan pada November 2022 daripada 31,795 tan yang direkodkan bagi Oktober 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan perdagangan borong dan runcit naik 13.9 peratus kepada RM133.9 bilion pada Nov 2022
Mohd Uzir Mahidin berkata subsektor perdagangan runcit meningkat 22.8 peratus tahun ke tahun kepada RM58.7 bilion.

Kadar pengangguran turun kepada 600,900 orang
Bilangan penganggur terus menunjukkan penurunan kepada 600,900 orang pada November berbanding 602,000 pada Oktober tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM
Ekonomi Malaysia diunjur menyederhana antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun depan, sejajar dengan ramalan global IMF.

Pengangguran turun ke paras terendah sejak pandemik COVID-19 pada Oktober
Pengangguran dalam negara turun ke paras terendah sejak pandemik COVID-19 dengan merekodkan 602,000 orang pada Oktober berbanding 605,000 orang pada September lepas.

DOSM perlu perkasa peranan, bantu kerajaan buat keputusan - Rafizi
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) perlu memperkasakan peranan sebagai peneraju perkhidmatan statistik negara bagi membolehkan jabatan itu membantu kerajaan membuat keputusan dengan tepat dan cepat

Jenayah indeks menurun 19.3 peratus, jenayah komersial meningkat 15.3 peratus pada 2021
Statistik jenayah indeks tahun lepas didapati menurun 19.3 peratus kepada 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tahap kesaksamaan gender 2021 menurun 0.7 peratus - DOSM
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatat purata skor 0.707 atau 70.7 peratus pada 2021, menurun 0.7 peratus berbanding 0.714 pada 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jumlah kanak-kanak 9.19 juta pada 2022 - DOSM
Jumlah kanak-kanak itu meliputi 28.1 peratus daripada 32.65 juta jumlah penduduk Malaysia.