awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kes demam denggi meningkat pada ME-24

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2023
03:30 MYT
Jumlah kes demam denggi meningkat pada ME-24
Sejumlah 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 15 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemilogi (ME) ke-24 menunjukkan peningkatkan sebanyak 200 kes (7.7 peratus) kepada 2,808 kes berbanding 2,608 kes pada minggu sebelumnya.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan turut memaklumkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME ke-24 adalah sebanyak 54,139 kes berbanding 21,688 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 32,451 (149.6 peratus).
Manakala sejumlah 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 15 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.
Bilangan lokaliti hotspot pada minggu ini terus meningkat dengan sebanyak 110 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 95 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Daripada 110 lokaliti hotspot yang dilaporkan, 84 lokaliti berada di Selangor, 14 lokaliti di WPKL & Putrajaya, masing-masing empat lokaliti di Kedah serta Pulau Pinang, tiga lokaliti di Sabah serta satu lokaliti di Perlis.
Sementara itu, bagi survelan chikungunya sebanyak dua kes telah direkodkan pada MEke-24 dan menjadikan Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 137 kes.
Pemantauan di Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan mendapati jumlah kes demam denggi adalah tinggi dan berpotensi untuk terus meningkat jika tiada tindakan pencegahan dilakukan oleh semua pihak termasuk ahli masyarakat.
Sebagai langkah proaktif, periksa setiap bekas di dalam dan di luar rumah serta pastikan tiada takungan air untuk nyamuk Aedes membiak.
Topic Berkaitan
#denggi
#KKM
#meningkat
#nyamuk aedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan