JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terjejas terus menurun, setakat 8 pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 17,125 orang masih ditempatkan di 70 PPS, berbanding 19,041 orang di 75 PPS yang direkodkan pada 8 malam tadi.
"Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai dengan 17,123 orang daripada 4,906 keluarga dan Segamat pula hanya dua orang daripada satu keluarga," menurut jawatankuasa itu.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat ketika dihubungi Bernama pagi ini berkata paras air didapati sudah semakin surut di beberapa kawasan di daerah berkenaan.
"Kita menjangkakan ada lagi kawasan yang pulih dan lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan keadaan cuaca baik," katanya.
Cuaca di sembilan daerah diramalkan cerah pada pagi ini kecuali Kota Tinggi yang dijangka hujan, manakala tiada sungai yang direkodkan melepasi paras bahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai dengan 17,123 orang daripada 4,906 keluarga di PPS sementara Segamat hanya dua orang daripada satu keluarga. - Gambar fail

Jepun umum kawalan eksport peralatan cip
Jepun akan mengenakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan cip dan setiap produk yang dijual kepada China memerlukan kelulusan menteri.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

19,985 premis dan bazar Ramadan telah dipantau
Sebanyak 19 ribu 985 premis dan bazar Ramadan di seluruh negara telah dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN setakat ini. Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, daripada jumlah itu, sebanyak 316 aduan diterima berkenaan harga.

KPDN lancar jualan Rahmah Wilayah KL
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, inisiatif itu melibatkan 15 rakan strategik daripada pengusaha pasaraya di ibu negara melibatkan 11 Parlimen.

Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji
Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bonus satu bulan gaji atau minimum RM1,000 selewat-lewatnya pada 21 April depan.

Ada pengeluar mulai libat urus dengan KPDN - Fuziah Salleh
KPDN juga sedang berunding bersama pihak pengeluar mengenai inisiatif jualan Rahmah. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, meskipun ramai pihak industri terlibat ketika ini, namun libat urus itu memerlukan masa.

Sukan SEA: Skuad taekwondo jalani persiapan di Korea Selatan
Berbaki dua bulan menuju ke Sukan SEA Kemboja pada Mei, skuad taekwondo negara akan berkampung di Korea selama tiga minggu sebagai persiapan fasa akhir.

10 Berita Pilihan - (31 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.

Program Ramalan dan Amaran Banjir fasa dua dijangka siap sepenuhnya pada 2025
Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) fasa dua melibatkan 38 lembangan sungai utama dijangka siap secara berperingkat dan akan beroperasi sepenuhnya di seluruh negara pada 2025.

Kerajaan teliti dakwaan mangsa banjir di Seberang Takir tidak tersenarai penerima bantuan
Kerajaan Persekutuan akan meneliti dakwaan segelintir mangsa banjir di kawasan DUN Seberang Takir yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan walaupun sudah mendaftar di PPS.

Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Jumlah mangsa banjir di Kanowit semakin menurun
Seramai 62 orang daripada 29 keluarga masih ditempatkan di pusat itu berbanding 77 mangsa daripada 31 keluarga pada pagi tadi.

Johor umum mangsa banjir akan terima 5 jenis bantuan, wang tunai
Inisiatif itu termasuk pengecualian bayaran RM250 bagi penggantian dokumen penting seperti geran yang hilang dan rosak disebabkan banjir.

Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS
Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

91 penduduk rumah panjang di Kanowit berpindah akibat banjir
Seramai 91 orang daripada 30 keluarga di rumah panjang di Kanowit terjejas banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun.

Mangsa banjir di Perak tinggal 8 orang di PPS
Cuaca baik sejak awal pagi menyaksikan situasi banjir di Daerah Larut Matang Selama (LMS) semakin pulih, dengan tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

6 fasiliti terjejas teruk banjir akan dibaik pulih dalam tempoh 6 bulan - Dr Zaliha
Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Banjir: 5,925 tan metrik sisa sampah dikutip di Johor sehingga kini
Sebanyak 5,925 tan metrik sisa sampah akibat banjir dikutip di negeri ini sejak 3 Mac sehingga semalam dengan Segamat daerah paling tertinggi jumlah kutipan.