awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Pendang meningkat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/10/2021
02:52 MYT
Jumlah mangsa banjir di Pendang meningkat
Banjir yang berlaku menyebabkan lima mukim iaitu Ayer Puteh, Padang Peliang, Guar Kepayang, Mukim Padang Pusing dan Mukim Bukit Raya ditenggelami air. - Foto ihsan APM
PENDANG: Mangsa banjir di Pendang meningkat kepada 139 orang daripada 35 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, setakat jam 8 pagi tadi, jumlah itu meningkat daripada 126 dari 32 keluarga yang dilaporkan semalam.
Beliau berkata, jumlah mangsa itu membabitkan 10 kampung yang terjejas berikutan banjir akibat hujan lebat sejak Khamis lalu.
"Setakat ini paras air Sungai Pendang masih menunjukkan 2.87 meter dan boleh menyebabkan kenaikan air sekiranya hujan lebat.
"Banjir yang berlaku ini adalah susulan dari hujan lebat yang berlaku pada Khamis lalu yang melebihi dua jam menyebabkan air melimpahi sungai secara mendadak dan menyebabkan banjir berhampiran Sungai Pendang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Yuslina berkata, banjir yang berlaku menyebabkan lima mukim iaitu Ayer Puteh, Padang Peliang, Guar Kepayang, Mukim Padang Pusing dan Mukim Bukit Raya ditenggelami air.
Beliau berkata, setakat ini paras air masih belum surut.
"Pemantauan di kawasan banjir masih diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#Pendang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan