KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri menyaksikan penurunan kepada 41,994 orang setakat 8 malam ini berbanding 43,132 orang petang tadi.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 41,661 orang setakat 8 malam ini berbanding 42,706 orang yang direkodkan pada 2 petang tadi susulan penutupan enam PPS di Muar, Segamat dan Tangkak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan penutupan PPS tersebut menjadikan 142 PPS masih beroperasi di empat daerah setakat ini.
Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 39,970 mangsa, diikuti Muar (829 orang), Tangkak (544 orang) dan Segamat (318 orang).
Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir berkurangan malam ini kepada 155 orang daripada 54 keluarga berbanding 169 orang daripada 59 keluarga tengah hari tadi.
Daripada jumlah itu, 93 orang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Leban Chondong manakala bakinya di PPS SK Kampung Aur, kedua-duanya di daerah Rompin.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 87 orang daripada 20 keluarga pada 8 malam ini berbanding 166 mangsa daripada 36 keluarga pada 2 petang tadi.
Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa tersebut ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, manakala empat lagi PPS di daerah tersebut telah ditutup secara berperingkat hari ini, mulai 9 pagi tadi.
Di SARAWAK, menurut laporan Sekretariat JPBN jumlah mangsa banjir kekal 91 orang daripada 18 keluarga melibatkan kawasan Kuching yang ditempatkan di PPS Dewan Sinaran Lumut dan PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Jumlah mangsa banjir di empat negeri menyaksikan penurunan kepada 41,994 orang setakat 8 malam ini berbanding 43,132 orang petang tadi. - Foto BERNAMA

Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dulu belajar melalui YouTube, kini tempahan pisau masuk istana
Kemalangan motosikal yang menimpa Ahmad Faizzon Mamat, 40, sedekad lalu telah mengubah hidup bekas jurutera itu apabila dia hilang upaya untuk bekerja.

Tiada niat rahsiakan pertunangan, Ubai lebih utamakan kesihatan ibu
Tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan, Ubai menjelaskan kesihatan ibunya yang baru lepas menjalani kimoterapi menjadi keutamaan mereka.

Semak arah kiblat melalui bayang matahari jam 5.18 petang ini
Rakyat Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat dengan tepat menerusi fenomena Istiwa Adzam tepat jam 5.18 petang, Ahad.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United - Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.

RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar
Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan pertubuhan itu.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan - Fuziah
Langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.

PLSB Sungai Golok: Kelantan beri subsidi rumah sewa RM300 kepada mangsa banjir
Kerajaan Kelantan menyediakan Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 selama enam bulan kepada mangsa banjir termenung di kawasan yang terkesan akibat PLSB Sungai Golok.

Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Mangsa banjir di Perak tinggal 8 orang di PPS
Cuaca baik sejak awal pagi menyaksikan situasi banjir di Daerah Larut Matang Selama (LMS) semakin pulih, dengan tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Banjir kilat: Dua kampung di Kamunting dinaiki air, sebuah PPS dibuka
PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.

Satu PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat berkurang
Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.