awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir menurun, hanya empat PPS masih aktif di Sarawak

Bernama
Bernama
14/01/2026
09:45 MYT
Jumlah mangsa banjir menurun, hanya empat PPS masih aktif di Sarawak
JPBN Sarawak memaklumkan empat PPS masih beroperasi melibatkan kawasan Sibu, Bintulu dan Sebauh manakala kesemua lima PPS di Serian telah ditutup pada 2 petang tadi. - Gambar fail
KUCHING: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak petang ini menurun kepada 622 orang daripada 194 keluarga berbanding 1,603 orang daripada 498 keluarga pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sarawak mengalami penurunan daripada 1,603 orang daripada 498 keluarga pada pagi tadi kepada 622 orang daripada 194 keluarga pada petang ini.
  • Empat PPS masih beroperasi di Sibu, Bintulu, dan Sebauh, manakala lima PPS di Serian telah ditutup pada 2 petang tadi.
  • Di antara kawasan yang masih beroperasi, PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 282 mangsa, PPS Balai Raya Sebauh mempunyai 150 mangsa, dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan 184 mangsa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan empat PPS masih beroperasi melibatkan kawasan Sibu, Bintulu dan Sebauh manakala kesemua lima PPS di Serian telah ditutup pada 2 petang tadi.
"Di Sibu, hanya satu PPS masih beroperasi iaitu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek yang menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 282 mangsa daripada 85 keluarga di Bintulu masih berlindung di PPS Dewan Suarah Bintulu manakala di Sebauh, PPS Balai Raya Sebauh menempatkan 150 mangsa dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh 184 mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#PPS
#kawasan terjejas banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan