awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah saringan COVID-19 Malaysia setanding Korea Selatan

Bernama
Bernama
10/08/2020
13:04 MYT
Jumlah saringan COVID-19 Malaysia setanding Korea Selatan
Data itu dikeluarkan oleh Our World in Data, Universiti Oxford di United Kingdom. -Gambar Reuters
Purata 31.29 ujian saringan COVID-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 1,000 orang adalah setanding dengan Korea Selatan yang berjaya mengekang dengan pantas penularan wabak itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan ujian itu memadai kerana kes positif dalam negara kurang daripada satu peratus, iaitu 0.9 peratus.
"Melihat kepada data kita, Malaysia dan Korea Selatan untuk bilangan ujian (saringan) memang memadai dengan kadar positif kita iaitu 0.9 peratus.
"Sekiranya jumlah kadar positif adalah 10 peratus dan 15 peratus, bermakna KKM perlu melaksanakan lebih banyak ujian untuk mengesan kes-kes yang masih tidak dikesan dalam masyarakat," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM di sini, hari ini.
Setakat ini, Dr Noor Hisham berkata KKM telah menjalankan ujian saringan ke atas 89,288 pesakit mewakili semua lapisan masyarakat dengan kadar positif 0.05 peratus.
"Ini bermaksud, daripada data KKM dapat rumuskan bahawa COVID-19 dalam Malaysia adalah terkawal dan ujian yang KKM laksanakan setakat ini memadai," katanya bagi menafikan dakwaan KKM kurang membuat ujian saringan COVID19.
Beliau berkata Thailand menjalankan 5.49 ujian untuk 1,000 populasi, iaitu angka ujian COVID-19 yang lebih rendah berbanding Malaysia kerana negara itu telah bebas jangkitan dalam tempoh 70 hari.
"Singapura menjalankan 111.22 ujian dengan kadar positif 8.10 peratus. Negara terbaik adalah New Zealand yang melaksanakan 100.98 ujian bagi 1,000 populasi (0.30 peratus kadar positif) sementara Amerika Syarikat melaksanakan banyak ujian iaitu 180.22 bagi setiap 1,000 populasi dengan kadar positif yang tinggi iaitu 8.10 peratus," katanya.
Menurut beliau, mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jika kes positif melebihi 10 peratus atau 15 peratus bermakna lebih banyak kes belum disaring dan lebih banyak ujian perlu dilakukan.
Beliau berkata data itu dikeluarkan oleh Our World in Data, Universiti Oxford di United Kingdom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Korea Selatan
#Noor Hisham Abdullah
#Singapura
#Thailand
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan