Kementerian Kesihatan bercadang untuk menambahkan jumlah tenaga pakar tempatan di hospital kerajaan bagi menampung kekurangan yang dihadapi ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jumlah doktor yang dibenarkan untuk memasuki program pengkhususan meningkat kepada 1,000 orang ketika ini berbanding 300 orang pada 2013.
Selain itu, katanya kementerian meningkatkan jumlah doktor yang sedang membuat pengkhususan dalam bidang lain menerusi program luar negara.
"Kami ada sistem di mana lebih kurang 1,500 doktor akan menjalankan program pengkhususan setiap tahun. Kami mahu meningkatkan jumlah ini.
"Sementara ia terus meningkat, jumlah mereka yang meninggalkan sektor kerajaan dan mereka yang kekal berkhidmat akan seimbang," kata Dr. Subramaniam pada sidang media selepas berucap pada Forum Penjagaan Kesihatan 2016 di sini pada Selasa.
Selain itu, menurut Dr. Subramaniam pihaknya akan meningkatkan jumlah jawatan di peringkat Jusa C bagi kumpulan doktor yang berkelayakan.
"Kami sudah membuat pelbagai perkara dan antaranya adalah untuk meningkatkan jumlah jawatan pada peringkat Jusa C dalam sektor kerajaan.
"Mereka (doktor) ini boleh mendapat jawatan yang lebih tinggi dalam sektor kerajaan," kata Dr. Subramaniam.
Tambahnya lagi, pihak kerajaan juga dalam perbincangan untuk membenarkan doktor yang bekerja di hospital kerajaan untuk bekerja di luar bagi menambahkan pendapatan.
Sementara itu, Dr. Subramaniam menegaskan kualiti perkhidmatan yang disediakan hospital kerjaan adalah setaraf dengan hospital swasta.
Beliau mengakui antara isu yang perlu dihadapi orang ramai adalah tempoh menunggu yang lama.
"Ia adalah pilihan individu. Tetapi kualiti dan perkhidmatan dalam sektor kerajaan adalah setaraf dengan sektor swasta.
"Mungkin ada isu dengan masa menunggu, bagaimanapun, doktor yang bertugas akan membuat keputusan berdasarkan keutamaan dan kecemasan," kata Dr. Subramaniam.
Jelasnya, pemilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan mahupun swasta juga perlu bergantung kepada kemampuan masing-masing dan tidak membebankan secara kewangan.
Dania Zainuddin
Wed Mar 30 2016
SUBRAMANIAM: Jumlah doktor yang dibenarkan untuk memasuki program pengkhususan meningkat kepada 1,000 orang ketika ini berbanding 300 orang pada 2013. -Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
JKNS siasat dakwaan 'pengalaman ngeri' wanita bersalin di hospital kerajaan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
24 termasuk 12 bayi baru lahir mati dalam 24 jam di hospital kerajaan di India
Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan.
Penggantian segera untuk kekosongan jawatan doktor kontrak
Kementerian Kesihatan akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap.
4,833 kes tertunggak akan diselesaikan dalam masa terdekat - Khairy
Jumlah kes yang masih tertunggak sehingga 31 Julai lepas itu melibatkan prosedur pembedahan.
92 peratus kes tertunggak bukan COVID-19 berjaya diselesaikan - Khairy
KKM kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.
Doktor hospital kerajaan antara enam ditahan edar dadah
Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.
Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.
Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.