Amalan kerjasama di kalangan negara-negara Asia harus dipraktik dalam setiap aspek selain merangkumi pelbagai isu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, misi merapatkan perhubungan yang terjalin selama ini harus diperkukuh walau apa juga rintangan mendatang.
"Isu kehilangan pesawat MH370 menjadi contoh yang membuktikan kerjasama negara luar dalam mencari penyelesaian terbaik dalam apa juga isu.
"Kerjasama perlu dikekalkan dan dipertingkatkan pada semua peringkat, bukan hanya dalam isu mencari MH370 sahaja. Kita saling bergantung dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan. Batu asas sudah diletakkan dan perlu diperkukuhkan dalam kerjasama serantau,'' katanya.
Najib berkata demikian semasa merasmikan dan menyampaikan ucaptama sempena persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 anjuran Institut Strategik Antarabangsa (ISIS).
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas Najib lagi, kedaulatan undang-undang perlu dijunjung tinggi dalam menyelesaikan isu berkaitan Laut China Selatan.
"Saya prihatin dan amat bimbang sekiranya langkah yang diambil pihak terbabit dalam menegaskan hak mereka, biar seberapa kecil sekalipun, akan hanya merumitkan lagi keadaan dan tidak menepati kepentingan mana-mana pihak dalam jangka panjang,'' ujarnya.
Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik berlangsung bermula Isnin sehingga Selasa.
Ia mencakupi perbincangan isu memahami kuasa baru dan hubungannya dengan anggota entiti, demokrasi Myanmar, Pilihan Raya Indonesia, Ekonomi India dan hubungan China-Jepun sehingga kesediaan Malaysia memikul peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2015.
Antara panel sepanjang persidangan ini adalah Profesor Dr. Paul Evans dari Kanada, Profesor Dr Chen Dongxiao dari China, Profesor Dr Andrew J Nathan dari Amerika Syarikat dan Dr Tin Maung Than dari Singapura.
Najib juga menegaskan tentang komitmen padu Malaysia terhadap Deklarasi Bersama Menteri-menteri Pertahanan ASEAN mengenai Kerjasama Pertahanan ke Arah Mewujudkan Komuniti ASEAN yang Aman dan Makmur baru-baru ini.
Dalam pada itu kata Najib, negara-negara ASEAN perlu memperhebat kerjasama bagi menangani konflik dan isu rentas negara.
Katanya, ia mampu memberi peluang kepada negara terbabit untuk saling bertukar pandangan dalam menangani dan menyelesaikan masalah secara bersama khususnya berkaitan kawalan keselamatan di negara masing-masing.
Wan Syamsul Amly
Mon Jun 02 2014
Teks ucapan Najib dibacakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - foto Bernama
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berpotensi besar menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kesalinghubungan di rantau Asia Pasifik.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian
Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky
Industri peruncitan merekodkan jumlah serangan siber tertinggi di rantau Asia Pasifik sejak 24 bulan lepas, kata firma keselamatan global Kaspersky.
COP28: Singapura mampu main peranan utama jana pembiayaan AS$3 trilion capai pelepasan sifar bersih Asia Pasifik 2050
Singapura sebagai pusat kewangan antarabangsa mampu memainkan peranan penting dalam menjana pembiayaan kira-kira AS$3 trilion.
Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.