awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurang pendaftaran OKU terlalu besar, banyak tercicir intervensi awal - Dzulkefly

Bernama
Bernama
29/11/2025
21:30 MYT
Jurang pendaftaran OKU terlalu besar, banyak tercicir intervensi awal - Dzulkefly
Dr Dzulkefly menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Seminar Penjagaan Kesihatan OKU Sedunia Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia 2025 di PICC pada Sabtu. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Sabtu memberi amaran mengenai jurang ketara antara angka pendaftaran orang kurang upaya (OKU) di Malaysia dan anggaran prevalens global, satu keadaan yang menunjukkan banyak masih tidak dikenal pasti dan terlepas intervensi awal yang penting.

Ringkasan AI
  • Hanya 2.3 peratus daripada populasi Malaysia yang didaftarkan sebagai orang kurang upaya (OKU) berbanding dengan anggaran 16 peratus oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan keperluan untuk mengenal pasti lebih ramai OKU dan memberi intervensi awal.
  • Jurang pendaftaran OKU di negara ini memberi implikasi terhadap keberkesanan sistem kesihatan dalam menyokong golongan OKU yang memerlukan bantuan sejak peringkat awal perkembangan.
  • Akses kepada intervensi awal amat penting kerana OKU lebih terdedah kepada penyakit tidak berjangkit dengan kadar yang jauh lebih tinggi berbanding populasi umum, menuntut sistem kesihatan yang lebih responsif, fleksibel, dan adil.

Beliau berkata, berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hingga Jun lepas, hanya sekitar 780,000 OKU didaftarkan atau bersamaan 2.3 peratus daripada populasi negara, jauh lebih rendah berbanding 16 peratus yang diunjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Mengapa ada perbezaan ini?...Ini menunjukkan ramai warga OKU di negara kita yang belum dikenal pasti atau lebih tepat lagi belum mendapatkan intervensi awal diperlukan," katanya ketika merasmikan Seminar Penjagaan OKU 2025 di sini pada Sabtu.
Jurang pendaftaran yang besar itu, beliau berkata, memberi implikasi langsung kepada keberkesanan sistem kesihatan negara dalam mengesan, merawat dan menyokong golongan OKU, khususnya mereka yang memerlukan bantuan sejak peringkat awal perkembangan.
Dzulkefly berkata, akses kepada intervensi awal amat kritikal kerana golongan OKU secara purata lebih terdedah kepada penyakit tidak berjangkit (NCD), dengan prevalen jauh lebih tinggi berbanding populasi umum.
"Sebagai contoh, 33.3 peratus OKU menghidap kencing manis sedangkan purata nasional hanya 15 peratus, begitu juga tekanan darah tinggi yang berlaku kepada 56.9 peratus OKU," katanya.
Beliau menegaskan, sistem kesihatan Malaysia mesti lebih responsif, fleksibel dan berteraskan akses adil bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan golongan berkeperluan itu terus dijamin.
Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk memperkukuh ekosistem kesihatan OKU menerusi peluasan saringan, pembiayaan perkhidmatan dan pembangunan data yang lebih tepat.
"Sebagai anggota masyarakat mereka juga berhak menjadi tenaga yang produktif untuk negara malah turut menyumbang kepada kemajuan negara secara bermakna," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#OKU
#kencing manis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan