Seorang juruhebah stesen radio mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan tujuh butir peluru tanpa kebenaran undang-undang, pada minggu lepas.
Abdul Aziz Mohamed Desa, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Juruhebah itu didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis Walther semi auto buatan Jerman tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.
Abdul Aziz turut didakwa memiliki tujuh butir peluru tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, dan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BACA: Miliki sepucuk pistol dan 32 peluru, juruhebah radio popular ditahan polis
Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kilometer 28, Kampung Bahagia, Sungai Siput Utara dekat sini pada kira-kira 8.30 pagi, 26 April lepas.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutantee Khalil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Hasyutantee memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan kerana ia kesalahan berat sebelum Rohaida memutuskan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 1 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 03 2018
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Sungai Siput kira-kira jam 8.30 pagi, 26 April, 2018. - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Juruhebah radio mengaku tidak bersalah memiliki senjata, peluru
Abdul Aziz Mohamed Desa, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.