awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran gadis 19 tahun

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
14/02/2019
12:13 MYT
Jurujual didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran gadis 19 tahun
Tertuduh didakwa bertindak sebagai orang tengah kepada seorang gadis berusia 19 tahun dengan cara menolong mencari pelanggan bagi aktiviti persundalan. - Foto Astro AWANI
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran.
Tertuduh, 24 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Azman Mustapha.
Tertuduh didakwa bertindak sebagai orang tengah kepada seorang gadis berusia 19 tahun dengan cara menolong mencari pelanggan bagi aktiviti persundalan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah hotel di Kuala Terengganu kira-kira jam 11.20 malam, pada 29 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dengan sebatan dan didenda. Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Syazwani Zawawi.
Sejurus pengakuan tidak bersalah itu direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Topic Berkaitan
#aktiviti pelacuran
#aktiviti persundalan
#gadis 19 tahun
#hotel
#jurujual
#Kanun Keseksaan
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
#orang tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan