IPOH: Seorang jurukimpal dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin pintu depan rumah milik bekas isterinya, Selasa lepas.
Majistret S. Punitha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Shariman Zul Kapri, 46, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin pintu depan sebuah rumah, menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian lebih RM25.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Pinji Indah, Ipoh, kira-kira jam 9 pagi, pada 4 April lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam G. Harbajan Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Pada prosiding berasingan, Mohd Shariman didakwa memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badannya, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 6.15 petang, pada 5 April lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dan menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan laporan patologi.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 10 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin. - Astro AWANI
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Bola sepak: Perbaiki tadbir urus emosi, kebencian di media sosial
Apa yang diperlukan dalam komuniti sukan, khususnya bola sepak ketika ini ialah tadbir urus dalam hal berkaitan emosi dan kebencian di media sosial.
KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
Kementerian Pembangunan, Usahawan,dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin sebagai satu bentuk sokongan kepada masyarakat itu.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
KUSKOP saran YBR kerjasama dengan UKKM
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyarankan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bekerjasama dengan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) bagi menawarkan pembiayaan dan biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi itu.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
PM arah selaras gerak kerja basmi miskin tegar di Terengganu
Anwar arah agensi terlibat untuk menyelaras gerak kerja bersama kerajaan negeri bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu.
Enam warga asing ditahan disyaki terlibat kegiatan penipuan, judi dalam talian
Polis menahan dua lelaki dan empat wanita warga asing disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan dan perjudian dalam talian di sebuah kondominium di Puteri Harbour, di sini, semalam.
KPDN gagalkan penyelewengan LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi selepas menyerbu premis yang dijadikan stor penyimpanan dan pengedaran bahan api itu di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah, Ahad lepas
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lepas.
Tongkang terbakar: Seorang jurukimpal maut, lima masih terima rawatan
Yaser Abdullah meninggal dunia ketika ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2 petang.
Jurukimpal mengaku tidak bersalah rogol remaja OKU
Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun itu di sebuah rumah di Bachok pukul 4.45 petang pada 27 Jun 2020.
Jurukimpal rogol kanak-kanak OKU dipenjara 25 tahun, 20 sebatan
Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.
Jurukimpal maut tersepit paip keluli
Kejadian berlaku jam 5 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.
Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.
Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa kurung, pukul jurukimpal
Bagaimanapun pasangan adik beradik itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.