KAJANG: Seorang jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini, minggu lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ngit Soon, 51, yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lepas.
Majistret Syahrul Sazly Md Sain menetapkan 13 Jan ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala Chin tidak diwakili peguam.
Pada 26 Nov lepas, media melaporkan Chin dan isterinya berumur 45 tahun ditahan di sekitar Hospital Serdang dan Kuala Lumpur kira-kira 1.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital itu berhubung seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian badan dan paha akibat ditikam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya. - Foto BERNAMA

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lepas.