awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
Tokoh politik Britain kagum semangat Malaysia sentiasa sokong perjuangan Palestin
Protes sokong rakyat Iran berlangsung di London, Paris dan Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat rugi lebih RM154,000 terperdaya sindiket menyamar polis

Bernama
Bernama
18/11/2025
12:15 MYT
Jururawat rugi lebih RM154,000 terperdaya sindiket menyamar polis
Polis berkata mangsa berusia 30-an menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari IPK Kelantan, dengan memberitahu nama dan nombor kad pengenalan mangsa digunakan dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM254,000. - Foto hiasan
SIBU: Polis mengesahkan seorang jururawat kerugian RM154,800 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis pada Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa berusia 30-an menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, dengan memberitahu nama dan nombor kad pengenalan mangsa digunakan dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM254,000.
"Panggilan itu disambungkan kepada beberapa individu lain yang turut menyamar sebagai pegawai polis dan mangsa diarahkan membuat pemindahan wang ke beberapa akaun kononnya bagi tujuan membersihkan nama.
"Mangsa yang panik telah membuat lapan transaksi berjumlah RM154,800 ke akaun individu tidak dikenali antara 25 Feb hingga 11 Mei sebelum menyedari ditipu apabila gagal menghubungi suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu menerima laporan itu semalam dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jururawat
#terperdaya
#Sindiket penipuan dalam talian
#menyamar pegawai polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan