awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat rugi lebih RM170,000 ditipu polis palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2021
22:30 MYT
Jururawat rugi lebih RM170,000 ditipu polis palsu
Seorang jururawat berputih mata apabila kerugian lebih RM170,000 selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai anggota dan pegawai polis. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang jururawat berputih mata apabila kerugian lebih RM170,000 selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai anggota dan pegawai polis.
Mangsa berusia 43 tahun menyedari dirinya diperdaya oleh sindiket berkenaan selepas membuat beberapa transaksi pemindahan wang sebelum membuat laporan polis pada Selasa lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa sebelum itu dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dan memberitahu identiti mangsa disalahgunakan oleh pihak tidak dikenali.
Katanya, suspek kemudian menghantar satu laporan polis menerusi aplikasi WhatsApp kepada mangsa dan menyuruh wanita itu melaporkan pergerakan mangsa dan aktiviti yang dilakukan setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 8 malam.
“Mangsa kemudian dihubungi oleh seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai polis dan memberitahu bahawa pihak Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) akan menjaga akaun bank milik mangsa.
“Mangsa hanya perlu memasukkan wang ke dalam akaun bank atas nama seorang individu dan pada 20 Oktober, wanita itu membuat pembayaran sebanyak RM25,800,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Menurut beliau, wanita itu kemudian membuat tujuh lagi transaksi dengan jumlah keseluruhan lebih RM170,000 ke empat akaun berbeza.
“Pada 13 November, mangsa cuba menghubungi suspek, namun gagal dan akhirnya menyedari dirinya ditipu oleh sindiket. Mangsa kemudian membuat laporan polis,” katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan sama, Shafien mengingatkan semua pihak berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Macau Scam.
“Mereka licik melakukan kegiatan penipuan dengan pelbagai cara,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#Shafien Mamat
#diperdaya oleh sindiket
#jururawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan