IPOH: Seorang jururawat dan seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari, lebih dua tahun lalu.
Noor Azlina Mohd Nasir, 41 yang bertugas di sebuah hospital di Alor Setar dan D. Murugamal, 52, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikuti kertas pertuduhan, mereka didakwa untuk mencapai niat yang sama, telah memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari iaitu sejenis eksploitasi yang menyalahi undang-undang.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan letak kereta berdekatan sebuah hospital swasta di Manjung, kira-kira jam 12 tengah hari, 18 Jun 2020.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 Februari sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Mohd Farouk.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 25 2023

Noor Azlina Mohd Nasir dan D. Murugamal mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari, lebih dua tahun lalu.

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden
Pantau Kerajaan Baharu kali ini membincangkan cadangan membangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden bersama Pemilik Kundasang Aqua Farm, Azizul Julirin

Sindiket Dadah | Tonton YouTube untuk belajar proses pembuatan dadah
Polis Serdang berjaya mengesan sindiket memproses dadah yang dipelajari menerusi YouTube. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata sindiket itu bergiat aktif di sebuah kilang dekat Seri Kembangan didalangi seorang lelaki berusia 44 tahun.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.
![[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan [TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007667/24992726401675322032966_640x360.jpg)
[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.
![[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet [TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007666/24992726361675321328696_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet
Ikuti sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.

PN lancar Kabinet bayangan
Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai Kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

Jururawat, suri rumah didakwa memperdagangkan bayi berusia sembilan hari
Noor Azlina dan Murugamal mengaku tidak bersalah.

Mengaku guna dokumen palsu, pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Bekas pengarah syarikat didakwa tipu cek palsu berjumlah lebih RM10 juta
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah RM10.65 juta.

Buruh mengaku cabul kanak-kanak
Buruh kampung itu didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun 10 bulan di belakang sebuah rumah Sabtu lepas.

Terima suapan, pesara polis marin didenda RM100,000
Seorang pesara polis marin didenda RM100,000 atas tujuh pertuduhan pilihan menerima rasuah membabitkan jumlah suapan sebanyak RM20,700, empat tahun lalu.

Guna alamat Istana Kinta: Dua individu mengaku tidak salah
Mereka didakwa memberi maklumat palsu mengaku alamat penuh tempat kediaman mereka di Malaysia adalah Kediaman Diraja Istana Kinta.

Rasuah: Penyelia asrama sekolah agama mengaku salah
Didakwa memperoleh wang RM5,800 daripada seorang kontraktor pembekal makanan sebagai upah untuk tidak membuat pemotongan tuntutan.

Pengasuh didakwa cuba bunuh bayi tujuh bulan
Tertuduh didakwa menghentak dan menyebabkan kecederaan di kepala bayi tujuh bulan itu yang boleh menyebabkan kematian.

Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Tiktok dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan orang ramai mengenai kesesakan di PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh pada 21 Mei lalu.

7 Geng Nantha Kumar didakwa
Kesemua tertuduh yang berusia 23 hingga 35 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu dalam daerah Kinta antara Ogos 2018 hingga Februari 2020.