KUALA LUMPUR: Seorang jurusensor senjata pesawat tempur Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan jalan raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Selasa.
Mejar Hendrinraj Pulvendiran yang berkhidmat di Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan, ditempatkan di Pangkalan Udara Butterworth, buat sementara, untuk menjalani latihan bagi acara pembukaan dan pertunjukan udara pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).
Dalam satu kenyataan, TUDM berkata, mendiang meninggalkan isteri, Ann Linda Anthonysamy dan seorang anak lelaki berusia dalam lingkungan umur tiga tahun.
"Mayat mendiang telah diuruskan oleh pihak Pangkalan Udara Butterworth setelah selesai urusan bedah siasat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang seterusnya dibawa ke Pangkalan Udara Subang untuk penghormatan terakhir.
"Mayat mendiang dibawa ke Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang yang telah sedia ditunggu ketibaannya oleh Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lt Jen Datuk Mohd Shahada Ismail TUDM yang turut mewakili Panglima Tentera Udara, berserta pegawai-pegawai kanan TUDM, pegawai-pegawai dan anggota LLP untuk penghormatan terakhir," katanya.
Mengulas lanjut, TUDM berkata, Panglima Operasi Udara telah menyantuni waris mendiang, menyampaikan ucapan serta surat takziah dan sumbangan kematian.
"Seterusnya beliau dan warga udara yang berada di Bangunan Pergerakan Udara telah memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Kumpulan pengusung kemudiannya turut memberikan penghormatan dan mengusung keranda menaiki kenderaan untuk dibawa pulang ke kediaman keluarga di Seremban bagi tatapan dan penghormatan terakhir oleh waris, ahli keluarga, saudara mara serta kenalan sebelum urusan pengebumian dilaksanakan dengan bantuan Pangkalan Udara Gong Kedak dan Pangkalan Udara Sendayan yang dijadualkan pada 18 Mei 23.
"TUDM turut mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang yang juga merupakan suatu kehilangan aset TUDM iaitu sumber manusia.
"Semoga mereka tabah dan bersabar menerima ujian hidup kehilangan orang yang disayangi," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias, Afiezy Azaman
Wed May 17 2023
Mejar Hendrinraj Pulvendiran yang berkhidmat di Pangkalan Udara Gong Kedak sedang bertugas di Pangkalan Udara Butterworth ketika kejadian. - Gambar/ TUDM
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Mesyuarat Khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin Dunia
Dunia sedang diasak dengan pelbagai masalah dan ramai yang bertanya; apa hala tuju dan ‘Wawasan Baharu’ dunia? Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Rwanda, Paul Kagame, Menteri Ekonomi Arab Saudi, Faisal Alibrahim berkongsi pentas di Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Riyadh.
#AWANInews #SpecialMeeting24
#AWANInews #SpecialMeeting24
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Enam juruterbang TUDM mula latihan operasi FA-50M di Korea Selatan 2026
Latihan intensif yang bakal dijalani akan berlangsung selama tiga hingga enam bulan, bergantung kepada prestasi juruterbang.
Jurusensor senjata pesawat pejuang Sukhoi TUDM maut kemalangan
Seorang jurusensor senjata pesawat tempur Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan jalan raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Selasa.