awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik diberkas bertanggungjawab dalam tahap keselamatan pesawat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
23/05/2016
02:01 MYT
Juruteknik diberkas bertanggungjawab dalam tahap keselamatan pesawat
Sumber memaklumkan penglibatan penyokong kumpulan militan Daish yang terlibat dalam sektor pekerjaan sensitif amat membimbangkan kerana mempunyai peluang untuk melakukan sabotaj. - Gambar fail
Juruteknik pesawat yang diberkas Cawangan Khas Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman pada Jumaat lepas merupakan individu yang bertanggungjawab memeriksa tahap keselamatan sesebuah pesawat sebelum digunakan.
Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, suspek adalah individu yang memberi kelulusan sebelum pesawat digunakan.
"Suspek yang memberikan 'lampu hijau' sama ada sesebuah pesawat selamat untuk digunakan atau tidak.
"Suspek merupakan kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat yang digunakan syarikat korporat dan juga pemimpin politik," kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
BACA: Polis gagalkan serangan pengganas susulan penahanan 15 suspek militan Daish
Suspek yang berusia 49 tahun itu merupakan ketua penyelia kepada seorang lagi juruteknik daripada syarikat sama yang ditangkap bersama 15 individu lain hujung Mac lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Suspek juga mempunyai hubungan dengan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu anggota kumpulan pengganas Daish Malaysia di Syria yang aktif merekrut anggota baharu Daish di Malaysia.
"Dia (Muhammad Wanndy) turut mengancam membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pegawai tertinggi polis," katanya.
Mengulas lanjut, sumber berkenaan memaklumkan penglibatan penyokong kumpulan militan Daish yang terbabit dalam sektor pekerjaan sensitif (seperti juruteknik pesawat) amat membimbangkan kerana mereka mempunyai peluang untuk melakukan sabotaj.
BACA: Daish pernah rancang culik Najib - Ahmad Zahid
"Mereka mempunyai akses untuk menyeludup bom atau senjata api ke dalam pesawat tanpa dicurigai kerana mereka yang memeriksa pesawat berkenaan," katanya lagi
Sehingga kini, Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman telah menahan 193 pengikut militan Daish sejak Februari 2013.
Topic Berkaitan
#Juruteknik pesawat yang diberkas Cawangan Khas Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman merupakan individu yang bertanggungjawab memeriksa tahap keselamatan sesebuah pesawat sebelum digunakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan