awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom

Bernama
Bernama
08/07/2019
01:46 MYT
Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof (gambar) berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510. - Gambar fail
Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510 yang dijelaskan untuk membeli tiga tiket penerbangan kelas perniagaan bagi tujuan itu.
"Mangsa membuat bayaran itu pada 26 Jun lepas kerana percaya kepada suspek memandangkan dia kerap menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi urusan pelancongan.
"Bagaimanapun, untuk kali ini, mangsa terkejut apabila isterinya yang cuba menyemak tempahan tiket itu di laman web syarikat penerbangan mendapati tiada tempahan atas nama mereka dibuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir menambah mangsa cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada suspek, yang berkeras menyatakan tempahan itu telah dilakukan walaupun gagal menunjukkan dokumen bagi menyokong perkara itu.
Sehubungan itu, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diperdaya
#ejen pelancongan
#jenayah
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang
#Kuantan
#pelancongan
#penerbangan
#percutian
#polis
#Rom
#Rome Italy
#siasatan
#Supt Mohd Wazir mohd Yusof
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan