awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera didakwa hantar komunikasi jelik

Bernama
Bernama
25/05/2023
09:55 MYT
Jurutera didakwa hantar komunikasi jelik
Sim Ngee Thiam didakwa menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas secara sedar membuat dan memulakan komunikasi berbentuk teks bersifat jelik dengan niat untuk menyakiti hati orang lain. -Gambar hiasan/pexels
KUCHING: Seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik pada 2019.
Bagi kesemua pertuduhan, Sim Ngee Thiam, 45, didakwa menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas secara sedar membuat dan memulakan komunikasi berbentuk teks bersifat jelik dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Kelima-lima hantaran itu didakwa dibuat antara 22 Jun 2019 hingga 27 Dis 2019.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lima pertuduhan itu dibacakan di empat Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Maris Agan, Afidah Abdul Rahman, Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff dan Musli Ab Hamid.
Mahkamah membenarkan Sim diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 4 Julai untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#komunikasi jelik
#Mahkamah Sesyen
#hukuman denda
#penjamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan