PETALING JAYA: Padah menjual gambar lucah seorang wanita dengan harga RM100 menerusi aplikasi Telegram dua tahun lepas, seorang jurutera didenda RM6,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azri Zahari, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial (menjual) kepada seorang lelaki melalui aplikasi Telegram menggunakan akaun "Menteri Pasola".
Komunikasi lucah dalam bentuk gambar itu kemudian telah dilihat di sebuah rumah di Jalan PJS 10/12, Subang Indah, Bandar Sunway, dekat sini pada 8.21 malam, 4 Mac 2019.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Menjawab pertanyaan Norshila sama ada tindakan OKS menjual gambar lucah itu untuk menambah pendapatannya, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Mohd Azri berkata, "tidak".
Syed Amirul berkata ketika kejadian itu anak guamnya tertekan berikutan masalah rumah tangga.
"Mahkamah memberikan kamu peluang kedua untuk bertaubat. Sekiranya kejadian ini berulang semula, mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang lebih tinggi," kata Norshila kepada Mohd Azri.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Nazrul Hizam Mohd Zameri memohon hukuman denda setimpal mengambil kira faktor OKS menjual gambar lucah mangsa dengan harga RM100 seolah-olah menjual harga diri mangsa.
Syed Amirul pula memohon denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan telah insaf, selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Padah menjual gambar lucah seorang wanita dengan harga RM100 menerusi aplikasi Telegram dua tahun lepas, seorang jurutera didenda RM6,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto BERNAMA
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Jurutera didenda RM6,000 jual gambar lucah menerusi aplikasi telegram
Tertuduh mengaku bersalah memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial (menjual) kepada seorang lelaki melalui aplikasi Telegram menggunakan akaun "Menteri Pasola".