awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera kilang ditahan rakam video dalam tandas wanita

Bernama
Bernama
05/07/2024
13:45 MYT
Jurutera kilang ditahan rakam video dalam tandas wanita
Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam selepas kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di situ.
Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki terbabit telah beberapa kali masuk ke dalam tandas wanita berkenaan termasuk pada 26 Jun dan Rabu lepas.
"Pemeriksaan dalam telefon bimbitnya menemukan gambar dan video dalam tandas itu serta gambar dan video lucah lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Kamarul Rizal, lelaki terbabit mendakwa dia melakukan perbuatan itu bagi tontonan sendiri.
Beliau berkata suspek direman selama empat hari hingga 8 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurutera kilang
#ditahan
#rakam video
#tandas wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan