MALAYSIA
Jurutera rugi lebih RM100,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian

Lelaki berusia 31 tahun itu terperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa dia terlibat dalam sindiket keldai akaun. - Gambar hiasan
CHUKAI: Polis mengesahkan seorang jurutera kerugian RM114,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman pada 5 Ogos lepas.
Ringkasan AI
- Seorang jurutera berusia 31 tahun kerugian RM114,000 selepas diperdaya oleh individu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman yang mendakwa mangsa terlibat dalam sindiket keldai akaun.
- Mangsa panik dan membuat lima pembayaran ke empat akaun berbeza dalam tempoh dua hari seperti diarahkan suspek, sebelum menyedari ditipu apabila gagal menghubungi semula individu terbabit.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap panggilan mencurigakan yang meminta bayaran atas alasan keselamatan atau undang-undang.
Mangsa yang panik telah membuat lima kali pembayaran berjumlah RM114,000 ke empat akaun berbeza dalam tempoh dua hari seperti diarahkan suspek.
"Mangsa menyedari ditipu selepas usaha menghubungi suspek gagal. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami