awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutol dan pihak konsesi LPT2 diminta jadi mata dan telinga polis

Bernama
Bernama
22/11/2016
00:40 MYT
Jurutol dan pihak konsesi LPT2 diminta jadi mata dan telinga polis
Menurut polis Terengganu, untuk bulan November dua kes direkodkan mengenai perbuatan membawa barang larangan seperti rokok dan mercun. - Gambar fail
Polis Terengganu memohon kerjasama pihak konsesi dan jurutol Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menjadi 'mata dan telinga' pihak polis bagi membanteras kegiatan penyeludupan di sepanjang laluan lebuh raya itu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata mereka diminta menyalurkan maklumat jika mengesan individu atau kenderaan dalam keadaan mencurigakan yang melalui laluan berkenaan kepada pihak polis.
"Dalam tempoh sebulan, bulan ini dua kes direkodkan mengenai perbuatan membawa barang larangan seperti rokok dan mercun.
"Kita percaya barangan seludup ini dibawa masuk dari negara jiran dan laluan itu digunakan untuk menghantar bekalan berkenaan ke destinasi tertentu.
"Walaupun ia kes terpencil namun kita terus melaksanakan tindakan awal bagi mencegah kegiatan berkenaan dari terus berlelulasa dan laluan itu terus digunakan untuk kegiatan penyeludupan," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan Kor Kadet Polis, di sini pada Isnin.
Pada 7 Nov lalu polis berjaya merampas 9,000 kotak rokok seludup bernilai kira-kira RM54,000 susulan penahanan sebuah kereta di Kilometer 407, LPT 2 berhampiran Telemong, Hulu Terengganu.
Manakala 3 Nov lalu seorang pemandu lori bersama pembantunya diberkas ketika cuba membawa keluar mercun bernilai RM450,000 di Kilometer 324, Kemaman, lebuhraya yang sama. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Datuk Rosli Ab Rahman
#Ketua Polis Terengganu
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan