GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menghidupkan kembali warisan dan kebudayaan yang telah pupus dalam usaha memupuk seni warisan serta industri kreatif negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk melihat serta mengenal pasti warisan atau kebudayaan yang telah pupus dan menjalankan usaha menghidupkannya semula.
"K-KOMM dapat tahu sesetengah aktiviti warisan dan kebudayaan di beberapa negeri telah pupus jadi kita hendak pergi ke tiap-tiap negeri dan lihat macam mana nak buat supaya warisan dapat dihidupkan kembali, kita akan panggil balik bakat-bakat (warisan dan kebudayaan) tersebut.
"Macam contoh di Terengganu, ada satu warisan yang dah mati (pupus)... saya tak ingat namanya namun kita sedang usahakannya (hidupkan kembali) dan di Perlis kami hidupkan kembali 'Awang Batil' untuk tunjukkan seni kebudayaan kita," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas Pertandingan Akhir Jaguh Boria anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek.
Zahidi berkata usaha mengembalikan warisan dan kebudayaan yang telah pupus itu penting untuk menjadikan industri kreatif negara sebagai sebahagian penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
"Mungkin ke depan kita akan cari bajet dan sedikit peruntukan untuk tiap-tiap negeri dapat hidupkan kembali warisan dan kebudayaan yang pupus. K-KOMM akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung perkara tersebut.
"Kita akan tunjukkan kepada orang ramai terutama pelancong luar yang Malaysia kaya dengan kebudayaan," katanya.
Mengulas mengenai pertandingan Jaguh Boria itu, Zahidi berkata RTM menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Pulau Pinang bagi menganjurkan pertandingan tersebut untuk mencungkil bakat-bakat seni industri kreatif.
Katanya, penganjuran pertandingan itu juga antara inisiatif pihaknya bagi menarik minat golongan muda terutama dalam kalangan pelajar sekolah terhadap seni warisan dan kebudayaan negara.
Dalam pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Methodist dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 manakala naib juara SMK Permatang Tok Jaya (RM20,000) dan tempat ketiga SMK (P) St. George (RM15,000).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Zahidi (dua, kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kepada kumpulan boria Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist pada Pertandingan Jaguh Boria di Dewan Budaya USM malam tadi. - fotoBERNAMA
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan telah menghantar borang keahlian untuk memohon menyertai sebuah parti, namun bukan Pas.
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas
Setiap calon terbabit memiliki kelebihan masing-masing dan Pas tidak menolak sekiranya pemimpin berkenaan berminat untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti di bawah gagasan PN.
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?
Sehingga ke saat ini, kedudukan Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya.
PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Sebelum ini, timbul desas-desus Azlan yang juga Menteri Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Padang Besar cadang MB Perlis daripada kalangan wanita
Zahidi juga menyeru Wanita UMNO supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15.