KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengeluarkan arahan sekatan kepada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) bagi menghalang urusan jual beli data di sebuah laman web terbuka.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan untuk menurunkan laman web tersebut telah dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang, hari sama selepas isu penjualan data dari laman web tersebut mula didedahkan menerusi laman Twitter pada pagi Ahad lepas.
"Semakan dan siasatan segera telah dilakukan oleh K-KOMM melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) mengenai kandungan dan latar belakang laman web yang berkaitan, pada hari yang sama.
"Pada waktu sama, siasatan lanjut yang lebih mendalam sedang dijalankan secara bersepadu oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), JPDP, CSM, MCMC, Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Annuar berkata K-KOMM melalui JPDP dengan kerjasama MCMC dan CSM akan terus memantau dan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial agar sentiasa menepati prinsip-prinsip di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
"Keselamatan data peribadi milik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pula akan sentiasa dipastikan keselamatannya oleh agensi kerajaan yang berkaitan dan NACSA.
"Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga dinasihatkan untuk mengaplikasikan tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709 sebagai garis panduan atau amalan terbaik supaya keselamatan data peribadi rakyat sentiasa terjaga," katanya.
Annuar berkata di bawah Seksyen 130 Akta 709, kesalahan berhubung penjualan data peribadi boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam usaha membendung kes kebocoran, penyalahgunaan atau penjualan data peribadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Annuar berkata, tindakan menurunkan laman web tersebut telah dilakukan pada hari sama selepas isu penjualan data dari laman web itu mula didedahkan. - Gambar fail
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Pengarang, penerbit Astro AWANI syukur dipilih tunai haji tahun ini
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
AWANI Ringkas: Protest bertembung dengan kumpulan pro-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
K-KOMM keluar arahan sekatan laman web jual data
Semakan dan siasatan segera telah dilakukan oleh K-KOMM melalui JPDP, MCMC dan CyberSecurity Malaysia mengenai kandungan dan latar belakang laman web itu.