awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet akan bincang sidang Dewan Rakyat - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2020
07:51 MYT
Kabinet akan bincang sidang Dewan Rakyat - Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, isu persidangan Dewan Rakyat akan dibincang oleh Kabinet bukan komuniti atau jawatankuasa seperti beliau. - Gambar BERNAMA
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan kepada Kabinet untuk berbincang mengenai sidang Dewan Rakyat yang dijadual diteruskan pada 18 Mei ini.
“(Sidang) Dewan Rakyat, Kabinet akan bincang, bukan komuniti atau jawatankuasa saya,” katanya ringkas dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan sidang Dewan Rakyat tersebut diteruskan, di samping memaklumkan langkah-langkah pencegahan akan diambil.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 tersebut akan berlangsung selama 15 hari.
Ia selepas surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima oleh Mohamad Ariff sebelum ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini bakal menyaksikan Pakatan Nasional (PN) dianggotai UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tampil sebagai blok kerajaan.
Sementara, Pakatan Harapan (PH) dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) pula kembali menjadi pembangkang.
Topic Berkaitan
#DAP
#Dewan Rakyat
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#PPBM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan