awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet lulus draf RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti

Bernama
Bernama
14/07/2022
10:26 MYT
Kabinet lulus draf RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti
Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Isnin ini, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
KUALA LUMPUR: Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan dan perbahasan RUU itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang.
"Pemakluman mengenai draf Rang Undang-Undang ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam (13 Julai) berjalan lancar melalui suatu Nota Jemaah Menteri dan tiada persoalan dibangkitkan serta Nota itu dipersetujui sebulat suara oleh Jemaah Menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, surat rasmi telah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi mendapatkan kelulusan untuk RUU itu dan draf penyata (laporan) Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dibentangkan di meja Ahli Dewan Rakyat pada 18 Julai ini sebagai rujukan dan penelitian awal.
Katanya, ini dibuat selaras Peraturan Mesyuarat 60 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk bacaan kali kedua draf RUU itu diadakan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Wan Junaidi turut memaklumkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah memuktamadkan pindaan kecil dalam draf penyata pada Selasa (12 Julai) dan mengesahkan draf penyata berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang Perlembagaan
#ahli Parlimen
#bertukar parti
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan