KUALA LUMPUR: Pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tepat dan bersesuaian berteraskan asas yang kukuh dalam membina semula negara.
Pakar Perlembagaan Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata pemilihan menteri-menteri adalah berdasarkan hierarki dalam parti, pengalaman dan kepakaran masing-masing.
"Di peringkat pertama Anwar telah melakukan langkah yang betul dengan membenarkan parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan ini untuk menamakan calon mereka sendiri.
"Adakah wajar sekiranya apabila beliau membentuk Kerajaan Perpaduan, (beliau) tidak menyerahkan budi bicara (mereka) yang menganggotainya? Perkara ini adalah pendekatan yang boleh mengelakkan "politicking dalam parti," katanya dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Wan Ahmad berkata sekiranya Anwar memilih mana-mana calon tanpa melihat hierarki dalam parti berkenaan, sudah pasti akan mengakibatkan berlakunya pergolakan dalam parti itu.
"Di manakah konsep kesetiaan kepada pimpinan parti. Oleh itu pemilihan dibuat untuk mengukuhkan kestabilan, dan saya melihat pendekatan ini lebih menghormati kepada hierarki dalam parti berkaitan," katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) Datuk Dr AT Kumararajah berkata pemilihan ahli Kabinet Kerajaan Perpaduan itu adalah kerana mereka mampu membawa kestabilan kepada ekonomi.
"Saya pasti ramai yang mahu melihat Perdana Menteri kita mengemudi negara ini dengan pengalaman dan kepakarannya apabila melihat portfolio beliau yang pernah menjadi Menteri Kewangan dahulu.
"Pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan diharap dapat memberi kesan kepada pasaran domestik dan pelaburan. Ini kerana cabaran ekonomi pada tahun 2023 adalah tinggi dan perlukan pengalaman beliau sekurang-kurangnya untuk dua tahun. Pembentangan bajet juga memerlukan seseorang yang berpengalaman bagi mengimbangi semua pemegang taruh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Anwar menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 2 Dis 2022. - Gambar fail BERNAMA

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

AWANI Ringkas: Malaysia rancang buka hospital lapangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

H5N1 | Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau. Namun Agensi Kesihatan PBB itu berkata, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Kemalangan | 14 maut di Mexico, kebanyakkan dipercayai migran
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap yang terbalik dan tenggelam dalam sebatang terusan di utara Mexico. Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Australia lancar dos penggalak kelima
Australia akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi. Menurut Menteri Kesihatannya, Mark Butler, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Belon Pengintip | AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
Amerika Syarikat akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia. Menurut Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.

Gempa Turkiye-Syria | Terperangkap 50 jam, hilang semua ahli keluarga
Hospital di Syria berdepan peningkatan jumlah kemasukan pesakit kanak-kanak. Sebahagian besarnya ditarik keluar daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, pada Isnin.

Gempa Turkiye-Syria | AS beri sokongan penuh untuk bantu Turkiye
Presiden Joe Biden komited untuk membantu Turkiye dan Syria pasca gempa yang melanda dua negara terbabit. Menurut Biden, komitmen itu sudah dinyatakan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Kabinet Perpaduan berteraskan asas kukuh, bina semula negara - Pakar Perlembagaan
Wan Ahmad Fauzi berkata pemilihan menteri-menteri adalah berdasarkan hierarki dalam parti, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Pernah jadi Speaker bawah pokok, Sivakumar kini menteri
V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pernah mencatat sejarah dalam politik kerana semasa beliau menjadi Speaker, sidang DUN pernah berlangsung di bawah pokok.

Tengku Zafrul ikrar pastikan Malaysia terus kompetitif, jadi destinasi pelaburan penting
Tengku Zafrul berikrar akan memastikan Malaysia akan terus menjadi destinasi penting dalam pelaburan.

Hubungan Jemaah Menteri dan penjawat awam diharap terus diperkukuh - KSN
Anggota perkhidmatan awam berharap hubungan antara Jemaah Menteri dan penjawat awam terus diperkukuh.

Dari Pantai Remis ke Putrajaya, Nga Kor Ming kini bergelar menteri
Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, bukan nama asing dalam arena politik negara.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

'Sokongan DAP tiada syarat, sanggup berkorban untuk Anwar jadi PM' - Loke
Sokongan DAP kepada Anwar tidak bersyarat, termasuk jumlah keanggotaan dalam Jemaah Menteri atau jawatan tinggi yang lain, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Mohd Na'im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik Menteri Agama
Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Mohd Na'im Mokhtar, 55, mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama.

Fadhlina Sidek: Daripada aktivis kepada Menteri Pendidikan
Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.