NATIONAL
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam

Saifuddin ketika sidang media selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan Disember 2024 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi merangka model kerjasama perikanan laut dalam antara Malaysia dan Vietnam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
- Penubuhan Jawatankuasa: Kabinet bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi merangka model kerjasama perikanan laut dalam antara Malaysia dan Vietnam.
- Kerjasama Malaysia-Vietnam: Keputusan ini adalah hasil pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, To Lam, yang bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam industri perikanan dan maritim.
- Matlamat Kerjasama: Kerjasama ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam teknologi tangkapan ikan laut dalam serta menjalankan operasi bersama untuk keuntungan bersama.
Menurut Saifuddin, secara prinsipnya, kerjasama ini bertujuan mencari kaedah model terbaik untuk membolehkan kedua-dua negara berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam teknologi tangkapan ikan laut dalam. Selain itu, kedua-dua pihak juga akan menjalankan operasi bersama bagi memastikan keuntungan dapat dinikmati oleh kedua-dua negara.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KDN Datuk Awang Alik Jeman.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami