KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju dengan pelaksanaan tiga lagi intervensi tambahan bagi menangani isu bekalan makanan negara sekali gus merancakkan aktiviti pengeluaran makanan domestik.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata intervensi itu adalah Program Kebuniti Keluarga Malaysia, Program Stokpail Ikan Segar Beku Q-FISH serta penambahan abatoir dan loji pemprosesan luar negara.
"Program Kebuniti Keluarga Malaysia dengan peruntukan RM30 juta bagi 2022 dapat memanfaatkan hampir 1,350 penerima yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk komuniti, usahawan dan koperasi terlibat dalam rantaian pengeluaran pertanian komuniti.
"Program Stokpail Ikan Segar Beku Q-FISH pula sebagai persediaan untuk menampung bekalan semasa musim tengkujuh dan monsun melibatkan penyediaan kuantiti stokpail (simpanan stok) sebanyak 1,000 tan metrik dengan peruntukan RM7 juta," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi program itu, sebanyak 135 pasar nelayan dan 103 outlet sedia ada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dimanfaatkan sebagai saluran pasaran serta ejen baharu dengan fasiliti penyimpanan bakal diwujudkan di 222 kawasan Parlimen melibatkan peruntukan RM2.7 juta.
Ronald berkata inisiatif penambahan abatoir dan loji pemprosesan luar negara bertujuan meningkatkan serta mempelbagaikan sumber import bekalan ayam dan daging.
"Bagi bekalan ayam, pertambahan loji pemprosesan melibatkan 51 loji dengan 33 loji dari enam negara sumber sedia ada manakala 18 adalah sumber loji baharu yang dicadangkan dari lapan negara.
"Bagi bekalan daging/kerbau/kambing, pertambahan 94 abatoir ruminan baharu iaitu 82 abatoir di negara sedia ada dan 12 abatoir dari sembilan negara sumber baharu," katanya.
Beliau juga berkata sejumlah 2,487 permohonan tuntutan subsidi bernilai RM178.16 juta telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Ini susulan keputusan kerajaan meluluskan pemberian subsidi pada kadar RM0.60 sekilogram dari 5 Feb hingga 30 Mac dan RM1.40 sekilogram bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun ini.
Ronald berkata Mesyuarat Kabinet hari ini turut mengambil maklum status bekalan makanan negara yang dibentangkan oleh MAFI dan secara amnya, ia masih mencukupi manakala bekalan ayam juga beransur pulih pada minggu pertama dan kedua bulan Jun 2022.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan terus bersidang secara mingguan untuk memperhalusi langkah dan intervensi.
Ini termasuk memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan susulan semua inisiatif serta langkah intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan.
"Kerajaan memantau status sekuriti makanan negara secara berterusan dalam memastikan kebolehcapaian makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat dengan harga berpatutan secara berterusan oleh rakyat.
"Kerajaan juga prihatin terhadap pengeluar makanan yang memainkan peranan penting dalam memastikan ketersediaan makanan kekal terjamin untuk Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Ronald berkata intervensi itu adalah Program Kebuniti Keluarga Malaysia, Program Stokpail Ikan Segar Beku Q-FISH serta penambahan abatoir dan loji pemprosesan luar negara. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Kabinet setuju laksana tiga lagi intervensi tambahan tangani isu bekalan makanan - Ronald
Kabinet hari ini bersetuju dengan pelaksanaan tiga lagi intervensi tambahan bagi menangani isu bekalan makanan negara sekali gus merancakkan aktiviti pengeluaran makanan domestik.
Isu bekalan makanan sepatutnya sudah dalam jangkaan - Zahid
Ahmad Zahid berkata, kementerian dan agensi berkaitan seharusnya mempunyai pelan kontingensi yang telah direka untuk menangani hal yang sudah diduga akan berlaku.