awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/02/2025
08:55 MYT
Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan pada sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini.- Foto Bernama
PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet bersetuju agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ringkasan AI
  • Mesyuarat Kabinet bersetuju agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan keperluan untuk menambah baik beberapa perkara dalam pindaan SOSMA.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijangka memberi kenyataan mengenai semakan SOSMA di Parlimen pada minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat susulan pengumuman pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), pada Khamis.
Menurutnya, secara prinsip Jemaah Menteri bersetuju untuk beberapa perkara ditambah baik dalam pindaan SOSMA nanti.
"Semalam, Perdana Menteri menyatakan mengenai Akta Perhimpunan Aman akan dipinda dengan beberapa perkara dipermudahkan, dan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, SOSMA juga akan diteliti dan disemak.
"Insya-Allah, Menteri Dalam Negeri akan tampil ke Parlimen untuk memberi kenyataan mengenai perkara ini tetapi secara prinsipnya, beberapa perkara sudah dibincangkan dan dipersetujui untuk ditambah baik atau menyemak semula SOSMA," katanya pada Sidang Media Pasca Mesyuarat Kabinet, di sini pada Jumaat.
Tambah Fahmi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka memberi kenyataan berhubung perkara itu di Parlimen pada minggu depan.
Topic Berkaitan
#SOSMA
#Fahmi Fadzil
#Kerajaan Perpaduan
#terkini
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan