Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar pada Khamis melancarkan Kad Kredit BSN G-Card Visa yang dibangunkan hasil kerjasama strategik Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) khusus untuk penjawat awam.
Kad kredit jenama bersama BSN-MAKSAK yang pertama kali dikeluarkan BSN untuk penjawat awam itu menawarkan caj kewangan 8.88 peratus setahun, paling rendah berbanding kadar pasaran semasa kad kredit lain sehingga 18 peratus setahun.
Berucap semasa melancarkannya sempena majlis Malam Anugerah MAKSAK di Dewan Puspanitapuri di sini, Ismail berkata kad itu terhasil menerusi kerjasama strategik yang ditandatangani antara kedua-dua entiti berkenaan pada Khamis.
"Kad Kredit G-Card Visa MAKSAK-BSN adalah sesuatu yang eksklusif hanya untuk penjawat awam Malaysia yang menawarkan caj kewangan paling rendah.
"Semoga kemudahan kad kredit ini akan digunakan secara berhemah oleh semua penjawat awam serta menguntungkan semua pihak," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Perniagaan BSN Mujibburrahman Abd Rashid.
Antara keistimewaan lain ialah kad kredit itu tidak mengenakan yuran tahunan seumur hidup, percuma 2,000 mata Happy Reward kepada pemegang kad apabila kad baharu digunakan minimum tiga kali dalam masa 30 hari tarikh kelulusan, kad Touch 'n Go BSN Zing PLUSMiles percuma serta program Happy Points untuk menebus hadiah dan pelbagai baucar menarik.
Mengenai MAKSAK, Ismail berkata sejak ditubuhkan pada 1956 beliau percaya ahli sukan dalam kalangan penjawat awam yang terlibat seharusnya menjadi suri teladan dan ikutan kepada penjawat awam yang lain.
Beliau berkata program-program sukan, kebajikan dan Kebudayaan MAKSAK sentiasa menjadi platform dalam menyatukan anggota-anggota perkhidmatan awam dari pelbagai lapisan di seluruh pelusuk negara.
"Diharapkan usaha yang dilaksanakan MAKSAK akan berterusan malah kekal gemilang dalam membudayakan sukan serta mengeratkan silaturrahim di antara anggota perkhidmatan awam," kata Ismail yang juga Yang Dipertua MAKSAK.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan-kerajaan negeri atas bantuan dan sokongan berterusan diberikan kepada badan itu sehingga berjaya melaksanakan setiap program yang dirancang.
Pada majlis itu, penyumbang pingat emas acara antara regu, dan pingat perak berpasukan acara sepak takraw Sukan Asia di Jakarta Muhammad Zulkifli Abd Razak, serta pemenang pingat perak dan gangsa acara olahraga 200 serta 100 meter Terbuka Singapura S. Komalam Shally, dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati MAKSAK 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
Ismail (kiri) melancarkan Kad Kredit BSN G-Card Visa pada Majlis Malam Anugerah MAKSAK di Dewan Puspanitapuri, Putrajaya, 12 Sept, 2019. Turut hadir, Mujibburrahman dan Pengurus Negara Visa bagi Malaysia Ng Kong Boon (kanan). --fotoBERNAMA
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Kad Kredit G-Card Visa BSN-MAKSAK khusus untuk penjawat awam dilancar
Kad kredit jenama bersama BSN-MAKSAK yang pertama kali dikeluarkan BSN untuk penjawat awam itu menawarkan caj kewangan 8.88 peratus setahun, paling rendah berbanding kadar pasaran semasa.
Ahli sukan, bekas atlet terima anugerah darjah kebesaran
Mereka adalah antara 299 penerima pingat dan darjah kebesaran yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.