MALAYSIA
Kad Pekerja MADANI tawar diskaun 5 hingga 10 peratus pembelian rumah di Sabah

Steven Sim berkata tiga pemaju perumahan telah menawarkan diskaun itu khas untuk pemegang Kad Pekerja MADANI di Sabah, seiring dengan usaha kerajaan membantu rakyat memiliki tempat tinggal sendiri. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kad Pekerja MADANI menawarkan diskaun antara lima hingga 10 peratus bagi pembelian rumah di Sabah kepada pemegang kad yang ingin memiliki kediaman pertama.
Ringkasan AI
- Pemegang Kad Pekerja MADANI di Sabah ditawarkan diskaun lima hingga 10 peratus untuk pembelian rumah oleh tiga pemaju perumahan, sebagai usaha kerajaan membantu rakyat memiliki kediaman pertama.
- Kad tersebut turut menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus bagi produk bukan makanan dan lima hingga 15 peratus untuk alat tulis serta pakaian sekolah daripada beberapa syarikat terpilih.
- Dalam sektor pelancongan, pemegang kad menikmati diskaun lima hingga 10 peratus untuk penginapan, dengan sokongan daripada 210 rakan strategik di seluruh negara termasuk 21 syarikat dari Sabah.
"KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) juga sedang bekerjasama dengan lebih 100 lagi rakan strategik di Sabah bagi membolehkan lebih banyak syarikat tampil menawarkan faedah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemegang kad juga menikmati diskaun antara 10 hingga 30 peratus daripada Mydin bagi produk bukan makanan seperti pakaian dan keperluan harian selain potongan lima hingga 15 peratus untuk peralatan alat tulis, pakaian sekolah serta peralatan sukan daripada beberapa syarikat seperti Knowledge Book Sandakan dan Fat Hing.
Dalam sektor pelancongan pula, beliau berkata diskaun lima hingga 10 peratus untuk penginapan ditawarkan oleh beberapa rakan strategik seperti Mensari Enterprise, Sulap Penginapan dan Hentian Budaya.
Sim berkata Kad Pekerja MADANI yang dilancarkan pada 1 Mei lepas kini dijayakan oleh 210 rakan strategik di seluruh Malaysia termasuk 21 syarikat dari Sabah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami