awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji

Bernama
Bernama
30/08/2022
10:00 MYT
Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji
Menurut Mohd Shafiq, JPA sedang berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyelaraskan kadar biasiswa dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Buat masa ini, katanya JPA sedang berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyelaraskan kadar biasiswa dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Ini kita tengah kaji, biasiswa JPA kita akan selaraskan kadar pemberian biasiswa di United Kingdom dan kita sedang bincang dengan MARA.
"Ada juga pelajar tajaan MARA, jadi kita akan selaraskan dan umumkan dalam sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata berkata Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasisiwa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya MARA untuk semua pelajar di dalam dan luar negara.
Annuar berkata kerajaan turut mengambil maklum mengenai biasiswa lain berkaitan kerajaan termasuk JPA, bagi memastikan kadar biasiswa dinaikkan selaras dengan kenaikan kadar inflasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biasiswa JPA
#Pelajar luar negara
#Mohd Shafiq Abdullah
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan