awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar COLA penjawat awam perlu disemak semula - CUEPACS

Bernama
Bernama
27/11/2025
10:30 MYT
Kadar COLA penjawat awam perlu disemak semula - CUEPACS
Adnan berucap pada Majlis Inspirasi Reformasi Pembantu Tadbir MADANI Negeri Terengganu 2025 di sebuah hotel Kuala Nerus hari ini. - Foto Bernama
KUALA NERUS: Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada penjawat awam perlu disemak semula, bagi memastikan ia selaras dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat.

Ringkasan AI
  • Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) penjawat awam perlu disemak semula untuk selaraskan dengan peningkatan kos sara hidup.
  • CUEPACS menuntut COLA disamaratakan berdasarkan kenaikan kos sara hidup agar lebih relevan.
  • Pihak berkaitan sedang menilai semula COLA dan memperjuangkan lantikan tetap bagi pekerja kontrak agar kebajikan penjawat awam terus dipelihara.

Beliau berkata pada masa ini, maklum balas yang diterima menunjukkan kadar berkenaan tidak lagi relevan khususnya pembayaran COLA yang masih dibahagikan kepada tiga peringkat tertakluk kepada lokasi penempatan.
"Sepatutnya hendaklah disamaratakan (COLA) kerana kosnya (kos sara hidup) adalah sama, barangan sama yang dijual pada harga yang sama. Oleh itu, keperluan untuk menyamaratakan bayaran tersebut perlu dibuat semula, dilihat semula dan ditingkatkan semula agar bersesuaian dengan kedudukan kos sara hidup sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Inspirasi Reformasi Pembantu Tadbir MADANI Negeri Terengganu 2025, di sini hari ini.
Adnan berkata penilaian semula kadar bayaran itu sedang diusahakan menerusi perjumpaaan dengan pihak berkaitan, bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus dipelihara.
"Itu yang telah kami suarakan (penilaian semula COLA) dan dimaklumkan ia adalah fasa berikutnya. Kami kini meneliti fasa berikutnya itu bagi membolehkan kami membuat persediaan awal terhadap cadangan-cadangan balas yang akan diketengahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.
Sementara itu, Adnan berkata pihaknya masih memperjuangkan isu lantikan tetap melibatkan kakitangan kontrak termasuk melakukan rundingan bersama pihak kerajaan bagi menyelesaikan tersebut.
"Dalam perjuangan kami, kami mahu mereka ini diberikan jawatan tetap. Pada masa akan datang, jawatan tetap ini akan dipanggil jawatan lantikan tetap bercarum.
"Kami berpendapat lantikan tetap bercarum ini tidak akan membebankan kerajaan, sebaliknya boleh membuka lebih banyak ruang perjawatan baharu, kerana ia bukanlah skim pencen biasa diterima penjawat awam sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Adnan berkata keutamaan sewajarnya diberi kepada pekerja kontrak sedia ada yang sudah lama berkhidmat serta menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan supaya dilihat semula keperluan perjawatan.
"Jadi mereka (pekerja kontrak) ini tidak perlu risau dan hanya menunjukkan prestasi serta kebolehan masing-masing, agar mereka boleh dipertimbangkan (diserap tetap)," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#kadar COLA
#kos sara hidup
#cuepacs
#penjawat awam
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan